Diploma in Business Administration

Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan (DBA) direka khusus untuk melahirkan graduan yang cekap, versatil dan bersedia menghadapi cabaran dunia perniagaan moden. Program ini membekalkan kemahiran penting dalam enam tonggak utama kejayaan organisasi: perancangan strategik, penyusunan operasi, pengurusan sumber manusia, pengarahan pasukan, kawalan prestasi, dan penyediaan bajet.

Melalui gabungan ilmu teori dan latihan praktikal, pelajar akan didedahkan kepada keperluan semasa pasaran kerja dan dipersiapkan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi atau terus memasuki alam kerjaya. Program DBA ini juga bertujuan membentuk profesional yang berdaya saing dalam bidang pentadbiran dan pengurusan perniagaan.

Kelayakan Minimum

Tidak memerlukan SPM

Kelas / Tempoh Pengajian

100% Kelas Dalam Talian
Tempoh: 2 Tahun

Pembiayaan Kursus

Pengeluaran KWSP Akaun 2
Bayaran Ansuran Bulanan

✅ Kelayakan Minimum
  • Umur Minimum: 20 tahun

  • Pengalaman Kerja: Tidak diperlukan

  • Kemasukan Terus: SPM (minimum 3 kredit) atau setaraf

  • APEL T4: SPM kurang daripada 3 kredit atau tiada SPM

    • Caj tambahan: RM240

📌 Kelebihan Program

🎓 Diiktiraf Sepenuhnya oleh MQA

  • Kod Akreditasi MQA: FA11797

  • Jadual Kelas: Pembelajaran Jarak Jauh Dalam Talian (ODL)

  • Tempoh Pengajian: 2 Tahun

  • Jumlah Modul: 31 + 1 Latihan Industri

  • Kaedah Pembayaran: KWSP Akaun 2 atau Ansuran Bulanan

  • Lawatan Khas ke Luar Negara: Ho Chi Minh, Vietnam

🖥️ Modul Pengajian

🏫 Tahun Pertama

  • English for Grammar

  • Principles of Business

  • IT Applications in Business

  • Principles of Management

  • Principles of Marketing

  • English for Writing

  • Principles of Microeconomics

  • Business Statistics

  • Fundamental of Financial Management

  • Business Mathematics

  • Human Resource Management

  • Management Information System

  • Malay Language Communication I

  • English for Integrated Skills

  • Principles of Operations Management


🏫 Tahun Kedua

  • Business Law

  • Principles of Macroeconomics

  • Organizational Behaviour

  • Financial Accounting I

  • Malaysian Studies II

  • Business Ethics

  • Business Strategy

  • Entrepreneurship

  • International Business

  • E-Commerce

  • Business Research Project

  • English for Communication

  • Consumer Behaviour

  • Financial Accounting II


🏫 Tahun Ketiga

  • Internship / Latihan Industri

💳 Kaedah Pembayaran

• Pengeluaran KWSP Akaun 2
• Bayaran Secara Ansuran Bulanan

Pendaftaran kini dibuka – Pengambilan sangat terhad!

“Sila isi borang di bawah untuk membolehkan kami menghubungi anda secepat mungkin!”

Soalan Lazim (FAQ)

Ya, anda masih boleh mendaftar. Kursus-kursus kami direka bentuk agar sesuai untuk pelajar dari pelbagai latar belakang, termasuk mereka yang sudah lama tidak belajar. Anda akan dibimbing dari asas hingga tahap lanjutan.

Ya, kebanyakan kursus kami diiktiraf oleh industri dan syarikat-syarikat berkaitan. Kursus yang diakreditasi oleh MQA memberi kelebihan tambahan dari segi pengiktirafan rasmi.

Kenaikan pangkat bergantung kepada polisi organisasi anda, tetapi dengan kemahiran dan kelayakan tambahan yang diperoleh, anda akan mempunyai kelebihan untuk peluang kenaikan pangkat atau pertimbangan jawatan yang lebih tinggi.

Kadar kelulusan bagi program dewasa seperti ini adalah tinggi. Asalkan tugasan dihantar tepat pada masanya, pembentangan kelas dan ujian dilaksanakan, kebarangkalian untuk lulus adalah tinggi. Modul kursus ini memerlukan anda membuat kajian atau pembelajaran mengikut topik yang ditetapkan.

Tidak. Kelas tidak diadakan setiap hujung minggu. Ia hanya diadakan pada beberapa hujung minggu sahaja mengikut jadual yang diberikan awal (2 hingga 3 hari sebulan). Oleh itu, anda boleh seimbangkan masa kerja, pembelajaran dan masa bersama keluarga. Interface Education komited untuk menyediakan pilihan belajar yang fleksibel dan sesuai dengan jadual sibuk anda.

Bergantung kepada kursus, anda boleh membiayai kursus melalui pinjaman PTPTN, pengeluaran KWSP serta bayaran secara ansuran bulanan. Untuk pengeluaran KWSP, anda juga boleh menggunakan akaun ibu bapa (jika belum berkahwin) atau akaun pasangan. Sila rujuk wakil kami untuk maklumat lanjut mengenai proses ini.

Apabila anda mendaftar bersama kami, seorang pentadbir khas akan ditugaskan untuk membimbing anda dari awal hingga tamat pengajian – daripada urusan bayaran, bantuan pembelajaran, sehingga menyelesaikan sebarang isu sepanjang pengajian. Ini membolehkan anda memberi tumpuan kepada kerjaya anda sementara kami menguruskan perkara lain. Perkhidmatan ini tidak tersedia jika anda mendaftar melalui pihak ketiga yang lain.