Tentang Kami

Interface Education Group

Salam mesra daripada Interface Education Group!

Interface Education Group telah bekerjasama dengan institusi dalam dan luar negara untuk menyediakan akses kepada peluang pendidikan berkualiti yang relevan dan kos efektif kepada golongan dewasa yang bekerja di seluruh negara.

Inisiatif kami dalam menyediakan peluang pendidikan sepanjang hayat bertujuan untuk menyokong dan melengkapi sektor korporat serta objektif kerajaan Malaysia dalam meletakkan organisasi tempatan di barisan hadapan dalam daya saing global. Program pendidikan sepanjang hayat kami telah membuka peluang kepada golongan dewasa yang bekerja untuk menyertai program kami serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Platform yang diwujudkan oleh Kumpulan ini selaras dengan objektif kerajaan Malaysia untuk mentransformasikan negara ke arah masyarakat berpendapatan tinggi melalui pembangunan modal insan dan inovasi.

Sokongan kukuh yang diterima daripada pihak industri telah membolehkan Kumpulan berkembang kepada 18 pusat pembelajaran di seluruh negara dengan lebih daripada 3,000 golongan dewasa yang bekerja sedang mengikuti pelbagai kursus berkaitan pengurusan demi mencapai cita-cita pembangunan kerjaya mereka.

Dengan sokongan berterusan daripada semua pihak berkepentingan, kami berazam untuk menjadi peneraju dalam bidang pendidikan sepanjang hayat di Malaysia.

Hubungi Kami

“Sila isi borang di bawah untuk membolehkan kami menghubungi anda secepat mungkin!”

Soalan Lazim (FAQ)

Ya, anda masih boleh mendaftar. Kursus-kursus kami direka bentuk agar sesuai untuk pelajar dari pelbagai latar belakang, termasuk mereka yang sudah lama tidak belajar. Anda akan dibimbing dari asas hingga tahap lanjutan.

Ya, kebanyakan kursus kami diiktiraf oleh industri dan syarikat-syarikat berkaitan. Kursus yang diakreditasi oleh MQA memberi kelebihan tambahan dari segi pengiktirafan rasmi.

Kenaikan pangkat bergantung kepada polisi organisasi anda, tetapi dengan kemahiran dan kelayakan tambahan yang diperoleh, anda akan mempunyai kelebihan untuk peluang kenaikan pangkat atau pertimbangan jawatan yang lebih tinggi.

Kadar kelulusan bagi program dewasa seperti ini adalah tinggi. Asalkan tugasan dihantar tepat pada masanya, pembentangan kelas dan ujian dilaksanakan, kebarangkalian untuk lulus adalah tinggi. Modul kursus ini memerlukan anda membuat kajian atau pembelajaran mengikut topik yang ditetapkan.

Tidak. Kelas tidak diadakan setiap hujung minggu. Ia hanya diadakan pada beberapa hujung minggu sahaja mengikut jadual yang diberikan awal (2 hingga 3 hari sebulan). Oleh itu, anda boleh seimbangkan masa kerja, pembelajaran dan masa bersama keluarga. Interface Education komited untuk menyediakan pilihan belajar yang fleksibel dan sesuai dengan jadual sibuk anda.

Bergantung kepada kursus, anda boleh membiayai kursus melalui pinjaman PTPTN, pengeluaran KWSP serta bayaran secara ansuran bulanan. Untuk pengeluaran KWSP, anda juga boleh menggunakan akaun ibu bapa (jika belum berkahwin) atau akaun pasangan. Sila rujuk wakil kami untuk maklumat lanjut mengenai proses ini.

Apabila anda mendaftar bersama kami, seorang pentadbir khas akan ditugaskan untuk membimbing anda dari awal hingga tamat pengajian – daripada urusan bayaran, bantuan pembelajaran, sehingga menyelesaikan sebarang isu sepanjang pengajian. Ini membolehkan anda memberi tumpuan kepada kerjaya anda sementara kami menguruskan perkara lain. Perkhidmatan ini tidak tersedia jika anda mendaftar melalui pihak ketiga yang lain.