- 011-3306 1566
BELAJAR SAMBIL BEKERJA
BELAJAR SAMBIL BEKERJA
Interface Global Education telah bekerjasama dengan Angkasa Training Centre sejak tahun 2008 untuk menawarkan kursus pengajian separuh masa yang fleksibel khas untuk golongan profesional dan individu yang sedang bekerja. Dengan rangkaian 18 cawangan di seluruh Malaysia, kami komited membantu pelajar mencapai impian akademik tanpa menjejaskan kerjaya mereka. Sertai ribuan pelajar kami dan mulakan perjalanan pembelajaran anda hari ini dengan program pendidikan yang diiktiraf dan mudah diakses di seluruh negara.
TENTANG UNIMAS
BUSINESS SCHOOL
UNIMAS Business School (UBS) di bawah UNIMAS Edu Sdn Bhd (UESB), entiti milik penuh Universiti Malaysia Sarawak, menawarkan program pascasiswazah, profesional dan latihan industri yang fleksibel serta berteraskan keperluan pasaran. Dengan kerjasama rakan strategik seperti Interface Global Education, UBS menggabungkan kecemerlangan akademik dan aplikasi praktikal industri bagi meningkatkan kompetensi profesional serta pembangunan kerjaya.
EXECUTIVE PROGRAMME LEVEL 4

Engineering Management
Program ini direka khas untuk golongan profesional dan teknikal yang ingin meningkatkan kemahiran dalam pengurusan kejuruteraan, operasi, dan kepimpinan industri.

Plantation Management
Program pengurusan perladangan yang memberi fokus kepada pengurusan operasi ladang, pembangunan industri agrikultur dan pengurusan sumber.

Management
Program pengurusan profesional untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan, pengurusan organisasi dan pembangunan kerjaya.

Logistics & Supply Chain Management
Program ini memberi fokus kepada pengurusan logistik, rantaian bekalan, pengurusan inventori dan operasi perniagaan moden.
EXECUTIVE PROGRAMME IN MANAGEMENT LEVEL 7
MANAGEMENT
- Entrepreneurship
- Organisational Management
- Operations Management
EXECUTIVE PROGRAMME IN PROJECT MANAGEMENT LEVEL 7
PROJECT MANAGEMENT
- Project Planning & Scheduling
- Project Finance & Budgeting
- Managing Human Resources in Project












Hubungi Kami
“Sila isi borang di bawah untuk membolehkan kami menghubungi anda secepat mungkin!”
Soalan Lazim (FAQ)
Ya, anda masih boleh mendaftar. Kursus-kursus kami direka bentuk agar sesuai untuk pelajar dari pelbagai latar belakang, termasuk mereka yang sudah lama tidak belajar. Anda akan dibimbing dari asas hingga tahap lanjutan.
Ya, kebanyakan kursus kami diiktiraf oleh industri dan syarikat-syarikat berkaitan. Kursus yang diakreditasi oleh MQA memberi kelebihan tambahan dari segi pengiktirafan rasmi.
Kenaikan pangkat bergantung kepada polisi organisasi anda, tetapi dengan kemahiran dan kelayakan tambahan yang diperoleh, anda akan mempunyai kelebihan untuk peluang kenaikan pangkat atau pertimbangan jawatan yang lebih tinggi.
Kadar kelulusan bagi program dewasa seperti ini adalah tinggi. Asalkan tugasan dihantar tepat pada masanya, pembentangan kelas dan ujian dilaksanakan, kebarangkalian untuk lulus adalah tinggi. Modul kursus ini memerlukan anda membuat kajian atau pembelajaran mengikut topik yang ditetapkan.
Tidak. Kelas tidak diadakan setiap hujung minggu. Ia hanya diadakan pada beberapa hujung minggu sahaja mengikut jadual yang diberikan awal (2 hingga 3 hari sebulan). Oleh itu, anda boleh seimbangkan masa kerja, pembelajaran dan masa bersama keluarga. Interface Education komited untuk menyediakan pilihan belajar yang fleksibel dan sesuai dengan jadual sibuk anda.
Bergantung kepada kursus, anda boleh membiayai kursus melalui pinjaman PTPTN, pengeluaran KWSP serta bayaran secara ansuran bulanan. Untuk pengeluaran KWSP, anda juga boleh menggunakan akaun ibu bapa (jika belum berkahwin) atau akaun pasangan. Sila rujuk wakil kami untuk maklumat lanjut mengenai proses ini.
Apabila anda mendaftar bersama kami, seorang pentadbir khas akan ditugaskan untuk membimbing anda dari awal hingga tamat pengajian – daripada urusan bayaran, bantuan pembelajaran, sehingga menyelesaikan sebarang isu sepanjang pengajian. Ini membolehkan anda memberi tumpuan kepada kerjaya anda sementara kami menguruskan perkara lain. Perkhidmatan ini tidak tersedia jika anda mendaftar melalui pihak ketiga yang lain.
